FAQ |
Calendar |
![]() |
|
Chit & Chat Tempat mencurahkan isi hati dan mencari tips-tips berguna untuk pria dan wanita |
![]() |
|
Thread Tools |
#1
|
||||
|
||||
![]() ![]() Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: �Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: � Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; � Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; � Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; � Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; � Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; � Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; � Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; � Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu; � Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; � Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; � Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; � Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. � Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat � Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. |
#2
|
||||
|
||||
![]()
sahabat yang baik menginginkan selalu bahagia dan akan menegur kita kalau kita melenceng....karena dia akan ikut merasakan apa yang kita rasakan.
|
![]() |
|
|