Kajian serta survey yang dilakukan mendapati masih ramai yang memberikan respon negatif mengenai perdagangan forex ini. Kebanyakan dari mereka tidak tahu dan tidak pernah mengambil tahu apa itu forex dan bagaimana perdagangan ini dilakukan.
Bukan salah mereka. Kerana mereka sentiasa mendengar perkara yang buruk mengenai forex. Ya, perkara buruk. Apa maksud perkara buruk tersebut? Saya akan huraikan beberapa perkara buruk yang sentiasa membuatkan umum menganggap forex ini adalah sesuatu yang lebih banyak negatifnya daripada positif.
- Penipuan pelaburan berasaskan nama forex
- Skim cepat kaya berasaskan nama forex
- Memberikan sejumlah wang untuk di tradekan dengan harapkan mendapat keuntungan serta balik modal kepada individu lain
- Kurang pengetahuan mengenai perdagangan ini
Ya betul, sebab itu saya kata bukan salah mereka. Jika dilihat di media sosial atau dimana-mana sahaja, ramai yang terlibat dalam penipuan, skim cepat kaya dan lain-lain lagi yang berasaskan forex. Disebabkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab inilah, persepsi negatif umum terhadap forex ini kekal selama-lamanya.
Disebabkan itulah jenis perdagangan forex ini lambat berkembang di Malaysia. Ditambah pula dengan institusi kewangan atau perundangan negara yang tidak memberi keizinan untuk umum mencari wang tambahan melalui forex ini.
Jadi apakah penyelesaian terhadap masalah ini? Menjawab dan menangkis persepsi negatif umum terhadap forex ini?
Disebabkan itulah saya menulis artikel ini. Kepada yang masih tidak tahu serta memandang forex ini perkara negatif, anda boleh membuat kajian sendiri serta membaca artikel-artikel lain di internet. Forex ini adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan anda. Melalui saluran dan cara-cara yang betul. Bahkan, ramai diluar sana yang menjadikan forex ini pendapatan utama, sehingga sanggup berhenti kerja kerana mereka meraih pendapatan yang lumayan melalui forex.
Yang paling penting adalah melalui saluran yang betul. Jika melalui saluran yang salah, itulah yang terjadi kes penipuan, kes kawan makan kawan dan lain-lain lagi.
Trading lah dengan pelayanan dan kondisi trading terbaik dengan
Gainscopefx.com