Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > HOBI > Hobby > Fotografi

Fotografi Forum fotografer ataupun pecinta fotografi. Diskusi mengenai foto, camera, lensa dan pamer hasil jepretan disini aja

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 1st June 2011
Azhue's Avatar
Azhue Azhue is offline
Prob. Moderator
 
Join Date: May 2011
Location: cigarettes and
Posts: 245
Rep Power: 0
Azhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forumAzhue tau seluk beluk forum
Default Digital Sinematografi

Digital Sinematografi adalah satu proses menangkap (capture) gambar atau visual yang bergerak dalam medium imej digital, berbeza dengan medium filem. Medium digital boleh dikelaskan dalam bentuk tape, hard disks, flash memory, atau apa saja media yang boleh merakam data digital. Sejajar dengan kemajuan teknologi digital, penggunaannya juga menjadi semakin meluas. Banyak produksi di Hollywood dan industri perfileman di serata dunia menggunakan sinematografi digial dalam pembikinan filem mereka.

Banyak pengeluar kamera mula mengeluarkan produk digital mengikut pasaran kini, termasuklah pengeluar kamera filem seperti Arri dan Panavision yang menjadi pelopor kamera bermediumkan filem. Pengeluar yang turut bersaing dalam menghasilkan kamera digital adalah RED (redcam) dan Silicon Imaging, dan juga syarikat seperti Sony dan Panasonic yang dahulunya fokus kepada barangan pengguna dan bidang penyiaran.

Sinematografi Digital mula mendapat pengiktirafan yang memberangsangkan pada tahun 2009 apabila filem Slumdog Millionaire menjadi filem pertama yang dirakam dalam digital keseluruhannya dianugerahkan 'Best Cinematography' pada Academy Award. Pada 2010, sekali lagi sinematografi digital diangkat apabila filem Avatar, yang memecah rekod kutipan tiket di seluruh dunia, memenangi 'Best Cinematography' juga pada Academy Award. Banyak lagi filem yang dirakam secara digital telah memenangi anugerah di beberapa festival filem.

Sejarah Digital Sinematografi

Bermula pada akhir 1980, Sony mula memasarkan produk berkonsepkan 'electronic cinematography'. Permulaan yang dilakukan Sony itu membuahkan kejayaan kecil. Pada tahun 1998, dengan pengenalan perakam HDCAM dan perakam video digital (1920 X 1080 pixel) berasaskan teknologi CCD menjadi fenomena dalam pasaran pengguna dunia.

Pada may 2002, filem Star Wars Episode II : Attack of the Clones menjadi filem pertama berprofil tinggi, dan juga bajet yang besar dirakam dalam 24 frames persecond definisi tinggi menggunakan kamera digital video Sony HDW-F900. Filem Vidocq (2001) dan juga filem Russian Ark (2002) juga turut menggunakan kamera ini.

Sejajar dengan pembangunan aspek sinematografi, satu revolusi digital cinema telah dimulakan dari bawah, melalui pembikin-pembikin filem bajet rendah di luar Hollywood. Pertengahan 1990, Sony DCR-VX1000 diperkenalkan, kamera dengan format digital MiniDV ini mula menjadi sebutan. MiniDV mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding kamera format analog sebelum itu. Meskipun kualitinya dikatakan tidak sebaik filem, MiniDV tetap laris apabila sistem penyuntingan digital (non-linear editing) diperkenalkan, yang mana membolehkan sesiapa sahaja membikin filem atau video.
Hari ini, berbagai jenis kamera digital telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat seperti Sony, Panasonic, JVC dan Canon yang mana menawarkan variasi definisi yang diinginkan pengguna dengan harga kurang daripada $10,000. Terbaru, ada juga pengeluar kamera digital SLR seperti Canon dan Nikon mula menghasilkan kamera 'still' yang turut berfungsi merakam visual bergerak.

Revolusi ini tidak berakhir disini, pengeluar seperti Sony dan RED (redcam) akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sinematografi digital. Banyak lagi pengeluar yang akan muncul pada masa akan datang dengan tawaran yang merangkumi definisi,resolusi,piksel, dan banyak lagi kualiti yang dititikberatkan.

Reply With Quote
  #2  
Old 3rd June 2011
donnychibonk's Avatar
donnychibonk donnychibonk is offline
Moderator
 
Join Date: Aug 2010
Location: Nama Sebuah Tempat
Posts: 2,110
Rep Power: 24
donnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blesseddonnychibonk is blessed
Default

thanks banget atas pemberitahuannya ndan....
baru tau ane sejarahnya...
nice thread ndan,,, semoga bermanfaat...
Reply With Quote
Reply


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 09:22 PM.