View Single Post
  #1  
Old 8th August 2016
debook's Avatar
debook debook is offline
Ceriwis Lover
 
Join Date: Jan 2013
Posts: 1,722
Rep Power: 14
debook mempunyai hidup yang Normal
Default Cara Mengawal Emosi dan Disiplin dalam Forex

Mengawal emosi dan berdisiplin dalam trading adalah satu perkara yang amat perlu diambil berat. Secara peribadinya, saya juga kadang kala gagal mengawal emosi. Tetapi, apabila dikaji semula, saya sendiri tahu mengapa masalah ini berlaku. Mungkin juga perkara sama yang berlaku pada diri anda tetapi tidak tahu apa sebabnya seperti :
  • Tidak yakin pada analisa diri sendiri
  • Entry tanpa stoploss
  • Entry pada tempat yang tidak sepatutnya
  • Melanggar disiplin money management (lot gajah)
  • Tidak disiplin (berlaku apabila tidak yakin pada analisa sendiri)

Mungkin ada salah satu atau dua yang tersenarai diatas menjadi sebab dan punca anda gagal mengawal emosi bukan? Atau kesemuanya? Baiklah secara jujurnya saya kadangkala gagal disebabkan tidak disiplin. Walaupun sudah lama dalam bidang ini, tapi disiplin lah yang paling susah untuk dibentuk.

Jadi secara ringkasnya, saya akan menyenaraikan beberapa solusi untuk anda amalkan supaya dapat membentuk jati diri serta dapat mengawal emosi dan disiplin diri ketika trading.
  • Yakin pada analisa sendiri. Yakin pada ilmu yang ada pada diri. Yakin pada analisa diri sendiri. Apabila yakin, barulah boleh entry.
  • Apabila sudah entry, jaga money management anda. Set kan TP dan juga SL.
  • Selepas itu, tutup platform trading anda di desktop, laptop atau smartphone. Jangan sentiasa buka atau monitor kerana itu akan membuatkan diri anda bimbang dan gusar.
  • Jika anda berjaya melaksanakan point pertama dan kedua (yakin pada analisa dan ilmu diri sendiri serta menjaga money management beserta SL dan TP), anda telah berjaya mengawal emosi diri anda.
  • Point ketiga (jangan sentiasa monitor) berfungsi sebagai disiplin anda. Kenapa saya kata disiplin? Katakan anda entry buy dan dah yakin akan kena TP, tetapi disebabkan anda selalu monitor, separuh jalan anda dah close manual. Betul tak? Tidak disiplin bukan? Padahal jika anda biarkan dan tak monitor, jalani hidup seperti biasa, dan selepas beberapa ketika (bergantung pada jenis trader apakah anda) barulah tengok sama ada entry tadi membuahkan hasil atau tidak.
  • Jika membuahkan hasil (TP), ulangi langkah sama setiap hari. Jika SL, cari dimana kesilapan dan ulangi langkah diatas.






Trading lah dengan pelayanan dan kondisi trading terbaik dengan Gainscopefx.com

Reply With Quote